ASTRA DAN PVRSD

ASTRA Malaysia - Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia dan Rejimen Semboyan DiRaja

SELAMAT DATANG KE BANDAR KUALA ROMPIN

Rompin adalah sebuah daerah yang teletak di bahagian selatan negeri Pahang.Ia adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor. Antara lokasi berdekatan ialah Endau, Mersing , Nenasi dan Kuantan.

BANDAR KUALA ROMPIN PAHANG DARUL MAKMOR

Pusat Perniagaan di Bandar Kuala Rompin Pahang

DESTINASI MEMANCING

Rompin terletak di tepi pantai , menghadap Laut China Selatan yang terbentang luas. OIeh itu Rompin merupakan destinasi memancing yang terkenal

TAMAN NEGERI ENDAU-ROMPIN

Taman Simpan Endau Rompin mula diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal dibawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang. Luas semasa adalah 31, 797.00 hektar

Selamat datang ke blog Ex Camar Skod 36/37 Intek 7/80 Sekolah Semboyan Sg Besi

E JOBS KLIK PADA GAMBAR

Sunday, March 12, 2017

BELAJAR BUAT BLOG 2017


Belajar buat blog 2017

Bagi mereka yang baru nak belajar buat blog, sudah pastinya kita akan cuba mencari sumber rujukan untuk kita mendalami ilmu blogging contohnya dengan baca ebook tutorial buat blog dan sebagainya.

Sebenarnya tidak susah untuk kita mencari cara buat blog, sebab ada banyak otai-otai blogger yang berkongsi tips dan buat tutorial baik dari dalam negara dan juga luar negara.

Jika anda serius mahu belajar, anda boleh mengikut panduan Asas Belajar Blog 2017 dibawah mengikut step by step

Langkah pertama untuk buat blog, anda harus daftar akaun gmail / blogger dahulu.............memulakan bena blog anda dan ikut paduan dibawah KLIK DISINI untuk daftar akaun blogger

















Monday, February 27, 2017

VISIT PAHANG 2017

JERANTUT: Kerajaan Pahang meminta peneraju industri pelancongan tempatan meningkatkan kemudahan prasarana dan perkhidmatan masing-masing sebelum hujung tahun ini, sempena ketibaan kempen Tahun Melawat Pahang 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata pemilik hotel, pengusaha inap desa dan operator produk pelancongan diminta sentiasa mengekalkan tahap kebersihan dalam keadaan baik.

Katanya, kerjasama semua pihak berkaitan itu penting supaya kempen Tahun Melawat Pahang 2017 dapat dijayakan dengan berkesan seterusnya mencapai sasaran menarik kedatangan 15 juta pelancong dalam dan luar negeri dengan perolehan pendapatan kira-kira RM14 bilion. 

"Segala kemudahan dan perkhidmatan yang ada perlu diselenggara dengan baik, kebersihan sentiasa diberi keutamaan dan jika ada (pemain industri pelancongan) yang mahu membuat penambahbaikan kemudahan masing-masing sebaik-sebaiknya siap sebelum hujung tahun ini.

"Kita sudah membuat perancangan rapi dan mahu pastikan kempen Tahun Melawat Pahang 2017 mencapai matlamat untuk mempromosi semua produk pelancongan yang ada di setiap daerah yang akhirnya turut memberi pulangan pelaburan kepada pengusahanya.

"Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk sama-sama kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan pelancong supaya industri pelancongan di negeri ini terus berkembang dengan positif," katanya di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata, prapelancaran kempen Tahun Melawat Pahang 2017 akan diadakan pada bulan Mac manakala pelancaran secara besaran-besaran pula pada bulan Jun.







Saturday, November 19, 2016

UiTM CAWANGAN PULAU PINANG




Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki dalam bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999.

Staf permulaan di sini adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma.

Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan kejuruteraan, pengurusan hotel dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.

Motto
Usaha, Taqwa, Mulia

Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Falsafah
Seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

Objektif
Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.
Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat UiTM.

Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.
Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.

Sunday, November 13, 2016

REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA



Rejimen Semboyan Diraja adalah satu unit bantuan tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Semboyan Diraja bertanggungjawab mengadakan dan mengekalkan saluran-saluran perhubungan untuk markas dan elemen-elemen taktikal Tentera Darat Malaysia. Rejimen Semboyan Diraja juga dengan bertanggungjawab menguruskan semua aspek perlaksanaan peperangan elektronik dan sistem amaran awal untuk Tentera Darat Malaysia.

Sejarah Pembentukan
Sejarah Rejimen Semboyan Diraja bermula dengan penubuhan satu Terup Perhubungan di Depot Latihan Rejimen Askar Melayu di Port Dickson dalam tahun 1949. Terup Perhubungan ini telah diasaskan dengan mengumpulkan anggota-anggota semboyan (pengendali radio ataupun radioman) yang berkhidmat di dalam Batalion Pertama, Batalion kedua dan Batalion ketiga Rejimen Askar Melayu untuk di dalam Terup Semboyan .

Dengan pengembangan saiz dan pertambahan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Terup Perhubungan, pasukan ini telah dinamakan Skuadron Semboyan Tentera Persekutuan (Federation Signals Squadron). Skuadron ini ditugaskan untuk memenuhi keperluan semboyan semua unit-unit Rejimen Askar Melayu.

Skuadron Semboyan Briged Persekutuan ditubuhkan apabila Briged Infantri Persekutuan ditubuhkan dalam tahun 1952. Dengan pengukuhan, pertambahan peranan dan kepentingannya dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan perhubungan Tentera Persekutuan, pasukan ini kemudiannya ditukarkan nama menjadi Rejimen Semboyan Persekutuan (Federation Signals Regiment). Sehingga kini, tarikh penubuhan Skuadron Semboyan Briged Persekutuan diraikan sebagai hari ulangtahun penubuhan Rejimen Semboyan Diraja.

Rejimen Semboyan diberikan dgelaran “Diraja” pada 6 Jun 1992 oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh Rejimen Semboyan dan pasukan ini setrusnya dikenali dengan nama Rejimen Semboyan Diraja.

Semua rekrut Rejimen Semboyan Diraja menerima latihan asas ketenteraan mereka di Pusat Latihan Rekrut di Port Dickson. Latihan khusus pasukan Semboyan (special-to-arm training) diberikan di Sekolah Semboyan di Kem Sungei Besi (sebelumnya di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur). Sekolah itu adalah sekarang dikenali sebagai Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED).

Kolonel Yang DiPertua dan Ketua Pegawai Semboyan
DYMM Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah Kolonel Yang DiPertua Rejimen Semboyan Diraja.

Pegawai paling kanan di dalam Rejimen semboyan dikenali sebagai Ketua Pegawai Semboyan (Chief Signals Officer). Buat masa ini Ketua Pegawai Semboyan disandang oleh Brig. Jen. Dato' Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan, iaitu Ketua Pegawai Semboyan yang ke-14. Anak watan pertama dilantik menjadi Ketua Pegawai Semboyan adalah Kolonel (kemudiannya Mejar Jeneral) Leong Siew Meng yang dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau merupakan salah seorang daripada “Templer's 12” iaitu antara 12 orang warga Persekutuan Tanah Melayu yang dipilih oleh Jeneral Tun Gerald Templer untuk menjadi pegawai semasa Rejimen Persekutuan ditubuhkan

Lambang Dan Cogan Kata
Lambang Rejimen menngunakan Burung Camar Laut sebagai simbol utusan yang menghubungi seluruh dunia. Bulatan dengan kata-kata "Rejimen Semboyan Diraja" mewakili perkhidmatan dan kecemerlangan dalam memberikan khidmat kepada Tentera Darat Malaysia.

Cogan Kata Rejimen adalah "Pantas Dan Pasti", berpokok kepada cogan kata “Certa Cito”, iatu cogan kata Corps of Royal Signals Tentera British yang telah memainkan peranan besar membantu penubuhan Rejimen Semboyan DiRaja. Mahkota dengan 5 runcing digunakan untuk menghargai Rejimen Askar Melayu Diraja, kerana asal Rejimen Semboyan adalah dengan penubuhan Terup Perhubungan Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Bendera Rejimen terdiri daripada garis-garis melintang menggunakan warna-warna Rejimen, iaitu biru muda, biru tua dan hijau, yang mewakili Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Tiga warna tersebut dipisahkan oleh warna kuning antara warna biru muda dan biru tua, dan warna merah menjadi pemisah antara warna biru tua dan warna hijau. Dua warna tambahan itu menggambarkan Rejimen Semboyan berasal daripada Rejimen Askar Melayu Diraja. Logo Rejimen Semboyan adalah diletakkan di tengah bendera.

Peranan Dan Tanggungjawab
Rejimen Semboyan DiRaja menyediakan perkhidmatan berikut untuk kemudahan Tentera Darat Malaysia.

perkhidmatan komunikasi taktikal,
keupayaan mengendalikan peperangan elektronik,
Peperangan Informasi dan Maklumat (C4ISR)
Rejimen Semboyan DiRaja juga menyediakan dan menyelenggara semua peralatan komunikasi dan peralatan elektronik Tentera Darat Malaysia.

Organisasi dan Unit-unit
Rejimen Semboyan Diraja distrukturkan mengikut Rejimen dan Skuadron. Satu Rejimen ditugaskan dengan setiap satu daripada 4 Divisyen dalam Tentera Darat Malaysia. Setiap Briged pula mempunyai satu Skuadron Semboyan yang ditugaskan mengendalikan khidmat perhubungan. Skuadron dipecahkan menjadi Terup untuk tujuan operasi.

10 Briged Para pula mempunyai bantuan tempur daripada Skuadron Semboyan (Para) di mana setiap anggota Skuadron Semboyan (Para) telah layak mendapat tauliah sebagai anggota payung terjun.

Unit-Unit
Unit-Unit Rejimen Semboyan adalah seperti berikut

1 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Muara Tuang, Kuching.
2 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Sg. Ara.
3 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Terendak, Melaka
4 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Erskine, Kuala Kubu Baru
5 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Limbang (dibubar).
71 Rejimen Semboyan Diraja – Kem Perdana Sungai Besi, KL.
72 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Imphal, KL.
73 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Paya Jaras, Sg Buloh.
74 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Transmitter Sg Besi.
75 Skuadron Semboyan Diraja- Kem Kukusan,Tawau (dibubar).

91 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Kementah, KL.
93 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Imphal, KL.
94 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Sri Miri (dibubar)
95 Rejimen Semboyan Diraja - Kem Perdana Sg Besi, KL.
RSD Medan Askar Wataniah - Kem Kementah, KL.
RSD Pakar Telekom - Kem Kementah, KL.
1 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Rasah, Seremban.
2 Skuadron Semboyan Diraja - Kem MK 2 Bgd, Ipoh.
3 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Penrissen, Kuching.
4 Skuadron RSD (MEK) - Kem Bt 10, Kuantan.
5 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.
6 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Sungai Layar, Sungai Petani.
7 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Mahkota Kluang, Johor.
8 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
9 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Oya, Sibu.
10 Skuadron RSD (Para) - Kem Terendak, Melaka.
11 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Sungai Buloh, Sg Buloh.
12 Skuadron Semboyan Diraja - Kem Wardieburn, KL.
11 Skuadron Semboyan Diraja (Askar Wataniah) - Kem Kementah, KL.
12 Skuadron Semboyan Diraja (Askar Wataniah) - Kem Jalan Raja Dihilir, Ipoh.
13 Skuadron Semboyan Diraja (Askar Wataniah) - Kem Sikamat, Seremban.
14 Skuadron Semboyan Diraja (Askar Wataniah) - Kem Samarahan, Kota Samarahan.
15 Skuadron Semboyan Diraja (Pakar Telekom) - Kem Kementah, KL.
16 Skuadron Semboyan Diraja (Pakar Telekom) - Kuantan.
17 Skuadron Semboyan Diraja (Pakar Telekom) - Taiping.
18 Skuadron Semboyan Diraja (Pakar Telekom) - Kuching.
21 Skuadron Semboyan DiRaja (GGK) - Kem Iskandar, Mersing.
101 Trup Semboyan Armor
102 Trup Semboyan Armor
103 Terup Semboyan Armor
104 Terup Semboyan Armor
111 Terup Semboyan Armor
12 Terup Semboyan RAMD
14 Terup Semboyan RAMD
19 Terup Semboyan RAMD
7 Terup Semboyan RRD

Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat
INSTITUT Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) telah ditubuhkan dalam tahun 1958 dengan Terup Latihan Skuadron Semboyan Tentera Persekutuan. Dalam tahun 1964, Sekolah Semboyan ditubuhkan untuk menggantikan Terup Latihan. Namanya kemudian ditukarkan kepada Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat untuk lebih menggambarkan peranan dan perubahan misi Rejimen Semboyan.

IKED mentadbir 23 kursus untuk memenuhi keperluan Tentera Darat Malaysia, dengan 10 kursus untuk Pegawai dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan. Kursus-kursus termasuk kriptografi dan semboyan tempur juga ditawarkan. IKED mengendalikan 1,100 hingga 1,300 orang pelatih setiap tahun.

ia juga merupakan home of corps. Iked Adalah institusi melatih Pegawai Semboyan dan Lain-lain pangkat untuk mengendalikan peralatan Semboyan.

Kelengkapan
Antara kelengkapan Semboyan yang digunakan adalah

TRC 9200
VHF/FM manpack transceiver
VHF Tactical Frequency Band: 30 to 88 MHz
Output power: 5 - 10 W
Fast Frequency Hopping
High autonomy: up to 24 hours according to the type of battery (Ni-Cad, Li-Ion, Lithium)
Multirole radio: manpack, vehicular, base stations
Fully interoperable in all modes with other PR4G radio
Interoperability via STANAGs 4204&4292

Wide range of advanced CNR & data services (TDMA, Packet radio mode and Tactical network access (ACNRI))

RADIO AMATOR

SEJARAH RINGKAS RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Di Malaya
Sejak tahun 1928 sebelum ujudnya Radio Malaya dan Radio Singapura (SBC). Radio Amatur adalah yang pertama memancar rancangan (“programmes”) kepada orang ramai. 

Pada tahun 1930 (‘general public’) Richard Early VS1AB adalah antara orang yang pertama memancar di ikuti dengan VS1AD. Pada tahun 1947 Perak dan Selangor menubuhkan persatuan radio amatur .

Pada tahun 1952 Malayan Amateur Radio Transmitters Society  (MARTS) di tubuhkan dan didaftarkan. Sehingga tahun 1996 terdapat lebih kurang 300 Radio Amatur yang mempunyai tanda panggil dan terdapat lebih kurang 300 lebih SWL. Ini kerana ketika itu hanya lesen Kelas A sahaja. lesen kelas B tidak dikeluarkan.

BAGAIMANA LESEN KELAS B DI UJUDKAN

Pada tahun 1982
Dalam masyuarat AJK Marts, 9M2AV mengesyorkan agar diujudkan lesen Novice. Di awal tahun 90 an. 9M2ZA, 9M2SS, 9M2RS dll telah buat kertas kerja mengenai perkara ini dan hantar ke pihak Jabatan Telekom Malaysia yang pada ketika itu mengawal selia perkara ini. Mereka memohon agar mana-mana individu yang lulus ujian RAE boleh bekerja di frequency 6 meter, 2 meter, 70 meter dan ke atas.

Pihak JTM (JAB. TELEKOM MALAYSIA) telah memberi jawapan iaitu Kelas B hanya boleh bekerja di Freq. 144.600 Mhz sahaja. Kemudian pihak Marts telah merayu dan JTM  memberi kelongaran iaitu kelas B boleh bekerja di Freq. 144.000 - 148.000 Mhz dengan kuasa pancaran 5 Watts sahaja.

Kemudian Marts sekali lagi merayu dan JTM telah memberikan kelonggaran dgn kuasa pancaran 10 Watts sahaja.

Pada tahun 1997 lesen kelas B telah diluluskan oleh JTM dan hanya 100 orang sahaja yang berdaftar dengan memakai callsign 9W2.



SEJARAH ASTRA
Penubuhan sebuah persatuan baru radio amator mula dicadangkan dalam satu perjumpaan tidak resmi. Cadangan ini dikemukakan setelah beberapa cadangan yang dibuat oleh kalangan tertentu beberapa tahun sebelum itu tidak menjadi kenyataan setelah mendapat tentangan dari segelintir ham Melayu. Malah cadangan hanya tinggal cadangan, tidak ada sebarang usaha ke arah menjayakan penubuhan persatuan berkenaan.

Perjumpaan Pertama
Tarikh : 6 Julai 1997
Jam : 4.00 Petang
Tempat : No. 73, Lorong Melati 5, Taman Chengai Indah, Telok Chengai, 06600 Alor Setar, Kedah

Tujuan : Cadangan menubuhkan persatuan mula dibincangkan.

Yang Hadir :
1. Khalijah Husain [Kedah]
2. Masrani Mahlan [Kedah]
3. Mohd Pudzi Ali [Kedah]
4. Ahmad Kamel Kasim [Kedah]
5. Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
6. Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
7. Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
8. Amir Hassan [Pulau Pinang]
9. Abd Aziz Abdullah @ Sin Ja Koon [Kedah]
10. Md Zahir Chin [Kedah]

Semua yang hadir pada perjumpaan berkenaan bersetuju agar usaha ke arah menubuhkan persatuan dijalankan walaupun akan menghadapi tentangan dari pihak tertentu yang mungkin akan cuba melemahkan usaha berkenaan.

Perjumpaan Kedua
Tarikh: 20 Julai 1997
Jam : 3.30 Petang
Tempat : Lot 195, Kampung Tok Kesop, 06000 Jitra, Kedah

Tujuan : Merangka perlembagaan persatuan

Yang Hadir :
1. Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
2. Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
3. Mohd Pudzi Ali [Kedah]
4. Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
5. Ahmad Kamel Kasim [Kedah]

Urusan untuk membuat jemputan ke Mesyuarat Agung Penubuhan diserahkan kepada :  9M2BA [Azmi], 9W2BB [Amir] dan  Masrani Mahlan.

Perjumpaan Ketiga
Mesyuarat Agung Penubuhan

PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [ The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia ] yang merangkumi Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara ditubuhkan dengan resminya pada 2 OGOS 1997 dalam Mesyuarat Agung Penubuhannya yang dihadiri seramai 22 orang peminat Radio Amator.
Tarikh : 2 Ogos 1997
Jam : 8.30 malam
Tempat :No. 73, Lorong Melati 5, Taman Chengai Indah, Telok Chengai, 06600 Alor Setar, Kedah

Yang Hadir:
0001 – Ahmad Kamel Kasim [Kedah]
0002 – Mohd Pudzi Ali [Kedah]
0003 – Anuar Ahmad [Kedah]
0004 – Marzuki Saad [Kedah]
0005 – Haji Shamsuddin Teh [Kedah]
0006 – Azmi Abdullah [Pulau Pinang]
0007 – Zainal Abedin Md Yacob [Pulau Pinang]
0008 – Burhanuddin Wahi [Pulau Pinang]
0009 – Amir Hassan [Pulau Pinang]
0010 – Mat Isa Baharom [Kedah]
0011 – Masrani Mahlan [Kedah]
0012 – Faisul Aris Othman [Kedah]
0013 – Haji Abd Rahim Othman [Kedah]
0014 – Md Zahir Chin [Kedah]
0015 – Khalijah Husain [Kedah]
0016 – Abd Aziz Abdullah @ Sin Ja Koon [Kedah]
0017 – Che Zaim Bahari [Kedah]
0018 – Ishak Ahmad [Kedah]
0019 – Zulkifli Mohamad [Kedah]
0020 – Noor Azman Zakaria [Kedah]
0021 – Ayub Hassan [Kedah]
0022 – Kamaruzzaman Didok [Kedah]

Sebenarnya cadangan awal yang dikemukakan untuk nama persatuan ialah PERSATUAN ASTRONOMI DAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA atau ringkasnya ASTRA [yang bermaksud AST = Astronomi, manakala RA = Radio Amator]. Tetapi, setelah difikirkan kepentingan masa depan orang Melayu dalam  bidang radio amator, mesyuarat menolak nama berkenaan. Akhirnya diputuskan bahawa nama yang akan digunakan ialah   PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA [The Malay Amateur Radio Society of Northern Peninsular Malaysia]. Walaupun begitu nama ASTRA terus diterima pakai.

Jawatankuasa Penaja – 2 Ogos 1997
Presiden [P] : Marzuki b Saad
Naib Presiden 1 [P] : Haji Shamsuddin b Teh
Naib Presiden 2 [P] : Azmi b Abdullah
Setiausaha Kehormat [P] : Ahmad Kamel b Kasim
Pen Setiausaha Kehormat [P] : Zainal Abedin b Md Yacob
Bendahari Kehormat [P] : Md Isa b Baharum
Ahli Jawatankuasa [P]:
Burhanuddin b Wahi
Masrani b Mahlan
Mohd Pudzi b Ali
Faisul Aris b Othman
Anuar b Ahmad
Amir Hassan
Juru Audit [P]:
Haji Abd Rahim b Othman
Md Zahir b Chin

Pada 6 Julai 1998, Mesyuarat Agung Tahunan ASTRA Kali Pertama diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dengan pemilihan Jawatankuasa Pengurusan 1998-1999

Presiden
Azmi Abdullah

Naib Presiden 1
Marzuki Saad

Naib Presiden 2
Abd Rahim Abd Rahman

Setiausaha Kehormat
Zainal Abedin Md Yacob

Penolong Setiausaha Kehormat
Mohd Khalid Hj Mohd Yusof

Bendahari Kehormat
Burhanuddin Wahi

Ahli Jawatankuasa
Anuar Ahmad
Abdul Sukur Haji Ahmad
Zulkifli Hashim
Haji Shamsuddin Teh
Shafiee Omar.

QSL Manager (InWard-OutWard)
Zulkifli Hashim

Editor Buletin ASTRA
Zainal Abedin Md Yacob

Pegawai Seranta
Marzuki Saad

Juru Audit
Mohd Nor Azlan Ujang dan Idris Hussin.




G0VQY - QSO with 9M2GET in Malaysia


Amateur Radio
Perbualan Angkasawan Malaysia dengan Planetarium Negara
Listen-in to Angkasawan Malaysia 
(Sheikh Muszaphar - 9W2MUS) on ISS 
at SMK Kelana Jaya (Sekolah Angkat TIME) 20.07.2007

ANGKASAWAN NEGARA 2007
9W2 MUS SHEIKH MUSZAPHAR


Angkasawan Malaysia : Soyuz TMA-11 berlabuh di ISS
Pesawat Soyuz TMA-11 
angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor 
dan dua krew lain selamat bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) 
pada jarak 350 kilometer dari Bumi di ruang angkasa rantau Asia Tengah.